♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, June 16, 2009

EmOsi TerGanGGu Lagi

Semalam adik aku EZZY kol aku. Dari nada suara dia, macam orang susah hati. Dia nak jumpa aku lepas aku balik keja. Jadi aku jumpa la dia. Betul sangkaan aku, dia dalam tekanan... Lumrah bila study memang banyak tekanan yang kena hadap. Lagi2 sem baru EZZY kali ni, banyak asigment nak kena settle. Bukan 1, 2 asigment, 1 subjek lebih dari 5 asigment. Aku hanya mampu dengar keluhan hati adik aku yang tersayang ni. Kesian pun ada gak, tapi nak jadi terbaik, kena la bersusah dulu dan dugaan itu akan sentiasa ada. Dari riak wajahnyer, aku tau dia susah ati. Gagal kali, bermaksud dia gagal untuk ke peringkat seterusnyer. Aku sebagai seorang SIS hanya mampu mendoakan yang terbaik. Insyaallah kalau betul niat kita, kita akan jadi yang terbaik. Sabar... Jangan ikut perasaan dan darah muda itu. Apa agaknyer perasaan korang kalau balik2 je rumah, dengar pulak anak beranak bertengkar, saat azan magrib berkumandang...? Pastinya korang akan fikir, gila la keluarga ni. Tol tak. Tapi itula yang terjadi pada keluarga kau yang serba kekurangan pahaman antara satu sama lain ni. Walaupun saat itu aku bukan dirumah, tapi bila mendengar cerita dari EZZY baru aku tau dari mana datangnyer tekanan yang sebenar itu. Aku pun tak tahu salah siapa. Nak kata salah didikan, mak ayah cukup mendidik kami adik beradik dengan sempurna. Walaupun aku tak berkesempatan untuk ke peringkat lebih tinggi, tidak mengapa aku mengalah untuk adik2. Kerana aku sedar kami bukan orang senang. Atau salah kami adik beradik yang mula memberontak dengan kehidupan ini? Mungkin ye, mungkin tidak. Macam mana pulak dengan LYE yang memang tak boleh nak ditegur sejak dari kecil lagi? Dan sekarang LYE melakukan apa sahaja mengikut kata hati dia dan juga makhluk ALLAH yang dikatakan "perantara" sesama sendiri. Dia berubah bila dia mula sedar dari terus terjebak dalam dunia dadah. Alhamdulillah dia sedar juga. Ada yang kata dia dulunya penghidu gam, ganja, ais dan sebagainya.... Aku redha dengan keadaan itu. Bila dia mula sedar, aku menarik lafas lega, walaupun beribu satu soalan muncul dari kepala aku ni. Abaikan... Dan sekarang LYE mula jalani hidup seperti orang biasa, malangnyer keadaan dia bukan macam dulu. Perwatakan dia berubah secara tak langsung. Ada masa dia ok, ada masa dia seakan pesakit mental. Ya ALLAH mana silapnyer... Seakan pelik, bila dengan keluarga dia seakan panas. Berubat, da banyak tempat da berubat. Keadaan tetap sama. Malah nampak seperti tersesat. Entah la... Cukup la aku bercerita tentang hal keluarga... Tak mahu terus buka pekong didada... FARHAN, baru 9 tahun, da pandai mencuri, berbohong. Suruh belajar, malas. Hm... Apapun yang terjadi, walaupun aku cuba membahagiakan diri aku sendiri, tapi bila hal melibatkan keluarga, emosi aku sering terganggu. Aku tak mahu emosi aku terus terganggu kerana aku banyak agenda untuk menyempurnakan kehidupan ini. Apa yang harus aku lakukan... Ya ALLAH kuatkan la imanku... Pesan SIS untuk adik2 tersayang.... EZZY, jangan sampai lakukan sesuatu perkara yng boleh merosakkan kehidupan kau selamanya. Pengakuan kau tentang perkara itu (sis tau kau faham apa yang sis masudkan), buat hati kecil SIS luruh.... Kita berdua yang mampu mengubah segalanya... LYE, tinggalkan la perkara yang boleh terus menyesatkan kau. Cukup2 la... FARHAN, kau antara harapan keluarga... SIS sayang korang walauapa yang terjadi. SIS sentiasa disisi... SEKIAN DAAAAAAAAAAAAAAAAA

1 comment:

  1. sedih aku baca luahan ko...
    ko bawa bersabar yea...banyak2kn berdoa..
    luang kan banyak masa tuk ezzy ngan farhan...
    dorg memerlukan ko...
    bserah pada allah bia ly pulang ke pangkal jalan..

    ReplyDelete

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs