♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, June 11, 2009

SelaMaT UlaNGtahUN Lye...

Pagi2 lagi aku da wish adik aku. Hari ni, hari jadi adik aku LYE yang ke 25-tahun. Semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki. Takde celebrate apa2 pun, pasal empunya diri takde kat KL. Mungkin hujung minggu ni dia balik, mungkin celebrate, takat potong kek la. Tak pun pergi makan ramai2 ngan family. Tu pun tengok pada keadaan, kalau empunya diri balik... Semalam, aku kerja kat MIMOS BERHAD. Bukan aku da tukar kerja tau. Memang BOS aku buat service kat sini. Kiranya second branch la. Kalau kerja kat sini boring sikit. Pasal semua paper work aku yang melambak tinggal kat branch lagi satu. Takkan nak hangut sana sini kan. So, takde kerja nak buat. Nak kata relax sangat pun tak juga, pasal semua MIMOSIAN kat sini, manja2 orangnyer. Well company corporate, sakit sikit pergi klinik. Lagi la kalau da ada klinik dalam opis dorang sndri, lagi la senang sangat nak berubat. Nak pakai pc pun susah. Apatah lagi nak update blog pun tak boleh, pasal BOS aku dok menghadap pc. Ye la nak summit claim panel, semua pakai online. Da canggih la katakan. Jadi, aku banyak melanguk. Nak kata melanguk sangat tu, tak juga pasal ubat2 kat sini pun nak kena update gak... Tengah aku dok update list2 ubat yang perlu di order, dengar lak bunyi siren. Dalam hati aku, aik ada latihan kebakaran lagi ke? Setahun berapa kali nak buat. Aku dok kira2, tahun ni da buat kan... Erm lantak la. Aku buat tak tahu je, pasal BOS aku ada patient kat dalam. So, aku pikirkan aku takyah keluar. Hehehe panas dowh kat luar tu, aku terus la mengupdate ubat. Tapi rasa macam tak best, bila aku da nampak MIMOSIAN berduyun2 keluar. Ada yang berlari2, melenggang jangan cakap la. Da tak best la kan tengok MIMOSIAN keluar, sementara aku ngan BOS masih lagi dalam klinik. Aku pun start panggil BOS. Bila aku tengok kat padang (ye la klinik aku ni dekat ngan padang), da ramai yang keluar. Ada lak sebiji dua kereta bomba kat tepi. Dalam hati aku kata, ada kebakaran ker...? Apa lagi, aku pun siap kunci kabinet2. Yela nak tinggal gitu memang tak bleh la, pasal uabt2 mahal tau tak. Da ok semua aku pun keluar ngan BOS sekali. Ish ramai lak orang. Aku da start rimas. Mula2 aku berjalan ngan BOS aku, bila aku toleh sebelah, la BOS aku da hilang. Aku dok mencari tak jumpa. Udahnya aku mati kutu sorang2. Lalalalaaa... Nape la bleh jadi macam ni. Mula la bila sorang2 aku da jadi macam orang bodoh je la. Orang dok tengok2 aku. Apa kes, tak pernah tengok orang ker? Tak lama tu, aku dengar bunyi kereta bomba datang. Rupanya memang ada latihan kebakaran, tapi kali ni melibatkan bomba. Huh...

Da settle keje kat MIMOS, aku balik ke first branch aku. Memandangkan da ramai staff, so jadual baru pun keluar. Dan sepatutnya, semalam aku leh balik awal. Tapi, sampai aje aku kat klinik, nah ubat2 menanti untuk disusun. P*****K betul la. Asalkan aku dapat balik petang je, mesti jadi macam ni. Apasal la S**L2 ni tak susun ubat2 ni. Marah tol aku. Aku yang selama ni ramah ngan diorang, langsung tak bercakap. Tipu la tak cakap langsungkan, cuma cakap yang penting2 je, bab kerja. Ikut hati aku, aku biar kan aje semua ni, dan balik. Tapi aku bukan macam tu orangyer. Cuma aku leh kata, takpe, hari ni hari korang. Tunggu lak hari aku. Memang aku menyusun ubat2 tu dalam keadaan marah. Sumpah seranah memang tak lepas la dari mulut aku ni. Tanpa aku sedar, sambil aku menyusun aku leh menangis. Ceh cengeng tol. Lama2 macam ni, aku leh sakit jantung. Patut la BOS aku pun marah2 lately ni. Hmmmmm.. Tu aje la cerita semalam. Nk cerita banyak ada kerja nak dibuat... DAAAAAAAAAA

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs