♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, July 25, 2010

Day 3 ",)

السلام عليکم

Destinsi terakhir, ni baru betul2 tempat kelahiranku Teluk Intan. Sedikit info yang YY cari ",)

"Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam. Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu."

Sampai Teluk Intan yang dicari adalah Menara Condong. Sedikit info ",)

"Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan."


















Panas terik trus menjadikan kesengalan melanda
Pelbagai reaksi
Great.. Sporting seyh
Terbaekkk




Disini terbongkar lah rahsia bila YY bertanya pada Mama dan Ayah, macam mana YY leh tercampak lahir kat sini. Al-kisah... (",)
Mama ; Sini la kakak lahir. Hospital dulu kat belakang tu je la (sampai menunding kesebelah kiri). Tepi pantai, selalu banjir jew. Sekarang dah alih tempat lain.
YY ; Macam mana la tu leh lahir kat sini...?
Ej ; A'a macam mana la boleh lahir kat sini, Kg kat Sabak Bernam..?
Ayah ; Dulu cadang nak bersalin kat rumah je. Pukul 4.30pg, Mama dah rasa2 sakit. Nenek jerit2 soh panggil ambulans. Panik, anak sulung tak biasa, orang soh panggil ambulans, panggil je la.
Mama ; Dulu Sabak Bernam takde hospital. Tu yang ke sini tu.
YY ; Sakit subuh2 kuarnya tengahari hahahaaa
Ej ; Patut la kalau bergambar kepala nak senget2 je, rupanya dekat ngan Menara Condong
Ramai2 ketawakan YY terbahak2. Ceh boleh pulak beramai2 tertawakan YY kan. Takpe2 sekali sekala jadi bahan okay je. Tapi betul gak, bila YY fikir2 apa yang Ej cakap, YY jarang nak bergambar centre, mesti senget2. Hehehee. Panas terik kat Teluk Intan ni, membuatkan kami nak cari ABC (Air Batu Campur). Time balik KL yeah.. Selamat tinggal Teluk Intan, lain kali teman datang lagi yek.

My Baby on the road, so tonggek ha... 

Sebenarnya, masing2 dah lapar. So pusing2 cari tempat makan serba tak kena sehingga la YY terus terfikir nak ajak Mama dan Ayah makan "Ayam Penyet", jadi YY bawa la makan ayam penyet kat Sunway.

Bakal menyaksikan family YY menangis kepedasan hakhak
Wah berselera nampak. Ayah sudah mesra camera huhuuu
Wajah2 kepedasan bermandikan peluh waktu makan.


Alhamdulillah, selamat sampai. Penat.. Penat.. Penat... Jom ZzzzZZZzzzzz

P/s Happy giler

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs