♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, August 15, 2010

5th Day Ramadhan ~ Masak

السلام عليکم
Selamat hari Ahad

Pagi2 Yy da bangun pergi pasar. Niat dihati nak masak untuk berbuka. Hehehehe apa rasanyakan bila memasak tak dapat rasa. Yy teringin juga nak berbuka dengan masakan sendiri. Yy tengok orang lain okay je masak time puasa. Jadi apalah salah kalau Yy pun masak time berbuka kan2. Orang lain boleh buat Yy tentu2 boleh juga. Tiada yang mustahil =D

Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Nak juga Yy share cara Yy masak Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni. Yy tak pernah nak belajar kat sapa2, walaupun dengan Mama. Yy main hentam keromok je. Mari kita lihat =D

Bahan2 untuk memasak 

500gm daging yang disalai <--- dihiris nipis
Cili api (ikut rasa nak pedas mana la) <--- dikisar
10 biji bawang merah <--- dikisar
5 biji bawang putih <--- dikisar
1 inci Halia <--- dikisar
1 inci Kunyit Hidup <--- dikisar
Ubi Kentang (ikut suka berapa biji) <--- dipotong empat
Sedikit Pucuk Ubi (tak letak pun tak apa)
Daun Kunyit 
3 batang serai 
1 biji kelapa = 2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
Garam

Cara2

Masukkan santan cair bahan2 yang dikisar, ubi kentang, daun kunyit, dan serai.
Masak hingga mendidih.
Masukkan daging salai.
Kemudian, tambahkan santan pekat dan garam secukup rasa
Masukkan pucuk ubi. 
Kacau hingga sebati. Sedia dihidangkan

Siap.. Satu Bungkus Yy hantar rumah Mama, satu bungkus lagi Yy hantar kat rumah Mak Aji. Mama boleh tak caya Yy yang masak. Sob.. Sob...

P/s Selamat mencuba 

1 comment:

  1. :)) nnt nak daging masak kicap lak...wah...permintaan sungguh..

    ReplyDelete

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs