♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, August 11, 2010

BB diharamkan???

السلام عليکم

Betulkah apa yang Yy baca ni?? Blackberry bakal diharamkan. Haishh baru berangan2 nak grap satu. Tapi bila Yy baca petikan terkedu sekejap. Sebab munasababnya, adalah kerana demi keselamatan uishhh... Boleh mengancam negara tuh...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.
“Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara. Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Malaysia Selamat (Msafe) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pada 4 Ogos lalu, pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi dilapor mengarahkan perkhidmatan BlackBerry di negara itu digantung mulai Jumaat lepas kerana pengeluarnya gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan pihak berkuasa negara itu.
UAE pada Ahad lalu pula mengumumkan, pihaknya akan menggantung perkhidmatan utama BlackBerry iaitu pengiriman mesej, e-mel dan pelayaran Internet mulai 11 Oktober ini disebabkan isu keselamatan.


(dipetik dari kosmo online)

So, lepas ni tauke2 kedai HP susah cari makan la...

P/s Musnah impianku 

1 comment:

  1. biar betul!
    habis BB yang I ada sekarang ni nak buat cemane? nak dijual balik pun, siap ayg nak kalau dah tak dibenarkan pakai?

    ReplyDelete

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs