♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, August 31, 2010

Bersama Komuter ke Seremban ~ Dugaan betol!

السلام عليکم
Setelah hampir 10 tahun Yy tinggalkan sekolah, sedari usia 19tahun dan sekarang usia Yy sudah menjangkau tettt [korang kira la sendiri], Yy macam perak [sebut betul2] je bila naik komuter. Penuh kesungguhan Yy nak pi makan laksa nun jauh kat Seremban. Sanggup meredahi hujan yang lebat tau. Semangat bila nak naik komuter. Bukan apa, saja biarkan Baby Yy tu berehat. Sian dia, penat berjalan. Kan Baby kan. Hehhe

Mesin Tiket Komuter

Tetiba jadi kalut, bila tengok mesin tiket komuter sudah berubah. Lorh, kalut kejap. Tarik nafas lepas, tarik lepas. Gegegeeeerrrrrr sejuk, al-maklum la hujan lebat sangat. Setelah mengodek2 mesin tiket tersebut, tambang perjalanan sehala ke Seremban adalah serendah Rm6.50. Murah ke mahal tu? Bagi Yy okay je la. Tak mahal mana pun. Mahal eh..? Entahla, Yy bukan selalu naik public transport ni. Biasa jalan2 selalu dengan Baby je, ahaks. Lupa diri je bunyi kan.

Dalam perjalanan dari Petaling ke KL SentralYy terpaksa berdiri. Ye la time2 Public Holiday ni, mana2 public transport sure2 akan penuh. Lagi2 nak raya ni, orang2 yang dah dapat durian runtuh, bonus, gaji pakat pi shoping ramei2 time cuti. Cuma yang senasib macam Yy yang belum bergaji ni, memang la tak berpusu2. Heheh, jadi sepanjang dalam train tu, macam2 gelagat yang ada. Bau2an pun bercampur2. Wahaaa. Owh ya, Yy berada di Koc Wanita.

Koc Wanita.

Jadi pusing kiri dan kanan, semuanya wanita. Hehehee. Ada juga pengguna tegar yakni lelaki yang langsung tak endahkan koc ini. Malu sendiri la, bila kena halau. Pritttttt priittttttt bunyi wisel En. Polis soh kuar. Lalalala sian dia. Sapa soh degilkan.

Turun di KL Sentral untuk penukaran train ke Seremban. Wahhhh lain sungguh KL Sentral la ni. Masyaallah ramainya umat. Yy mula rimas, tapi buat tak tau je. Laksa punya pasal ku redah jua.

Yy pilih train yang datang untuk kali yang kedua. Train pertama Yy lepaskan, kerana tiada ruang kasih sayang untuk disumbatkan diri Yy yang gebu ni. Maklum aje la dah pukul 5.00petang, jadi semua pun nak balik cepat untuk berbuka. Yy tetap relaks, kerana sampai nanti makanan dah sedia ada. Ye tak.

Pun begitu, train yang kedua pun penuhYy terpaksa berdiri lagi sampai ke hentian Serdang. Baru Yy berpeluang duduk. Lama tak Yy berdiri. Hahah ada la dalam 20min kot. Dapat je duduk, Yy terus tutup muka dengan sweater dan zzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzz.

Tau2 kena kejut, dah sampai. Nasib baik hentian Seremban merupakan stesen yang terakhir. Kalau kat tengah2, tak ke Yy terlajak sudah. Lagi gawat hakhakk. Diluar stesen komuter, Yarter sedia menunggu.

Mak Tiah We Olls dah sampai.

P/s Nyummy nyummy

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs