♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, September 22, 2010

Kad Oh Kad

السلام عليکم
Selamat Hari Raya semua. Masih mood raya kan. Yea ada yang setuju dengan kata2 Yy. Masih dalam mood hari raya. Mana taknya tiap2 datangnya hujung minggu, Yy masih lagi menerima jemputan rumah terbuka atau dalam bahasa englishnya Open House. Alhamdulillah syukur2 murah rezeki hendaknya buat mereka2 yang sudi jemput Yy datang untuk perabih makan weeeeeeee

Hari ni Yy sedikit migraine. Cholesterol banyak sangat ni, tu yang buat Yy mudah sakit kepala. Huhuuu mulakan semula apa2 yang patut Yy pantangkan. Untuk kesihatan juga berpantang tu.

Sedang asyik urut kepala kat bilik belakang [tempat Yy buat kerja la]. Tt mai dengan dua kad ditangan. "Untuk akak" katanya. "Uh.. Apa ni. Terima kasih Tt" blur jap Yy bila pegang 2 sampul ditangan. Kad jemputan kah? Siapa pulak yang nak kawin kan. Kenapa pulak dihantar kat tempat kerja Yy ni. Jengjengjeng.

Dengan penuh tanda tanya, Yy buka kedua2 sampul tersebut dengan lemah lembutnya. Taraaaa

Yy dapat kad raya rupanya hekhek

Dari siapa la kan. Yy dapat kad raya ni satu dari adik Yy sendiri yakni Lye, satu lagi kawan Yy, Baby Puteri. Terharu Yy rasa, dah lama tak dapat kad hari raya ni. Yela sejak2 zaman dah canggih ni, dok email, sms, mms jerk. Kad2 ni dah semakin dilupakan. Weee

 Kalau dilihat pada tarikh setem tu dicop, kad2 ni sepatutnya dah sampai di tangan Yy awal lagi. Mungkin bayak sangat surat yang perlu dihantar, jadi lambat la sampai di tempat Yy ni. Tapi takpe la, janji sampaikan hehhee

P/s Tak terkata dibuatnya

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs