♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, November 21, 2010

Makcik Bakso!

السلام عليکم
Petang2 ni apa nak buat yeah, kemas rumah sudah, tidur pun sudah apa nak buat..? Buat bodoh dan menghadap pwince ni tanpa jemu. Lalalla nasib juga Yy hangkut pwince ni balik rumah. Kalau tidak sure Yy mati kutu, pasal tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv..?! Jangan harap la Yy dapat peluang nak pegang remote tu sorang2. Selagi sukan asia guangzhou belum habis, jangan harap la dapat tengok rancangan lain. Sangat pentingkan diri, hek Yy pun boleh pentingkan diri. Huh!

Oh kain di jemuran belum angkat. Zassss dengan pantasnya sebelum timbul bisikan syaitan mengatakan "nanti lah". Ngeh! Belum kering tak boleh nak angkat la plak. Cuci mata sat, tengok mamat's endon's yang ramai dibawah. Well umah Yy tingkat 5, jadi boleh la cuci mata apa yang adoo. Sedang mencuci mata, glup! Oh no.. Makcik!! Jerit Yy dalam hati. Ada apa yang Yy dok jeritkan dalam hati tu...?!

Bakso, menyelerakan..

Yy terlihat sesuatu yang buat Yy tertelan air liur berkali2. Story sikit, kat bawah umah Yy ni ada makcik jual bakso. Well, suatu ketika dahulu Yy pernah la mencuba. Tapi mungkin tekak Yy ni tak berapa nak terima bakso, jadi itu la 1st n last Yy makan. Tekak masing2, ada yang cerewet ada yang tak kan. Rasanya, macam makan sup biasa. Cuma bakso ni letak bebola daging yang dibuat sendiri. Cukup jelas...?! Kalau tak jelas, pergi try test bakso yeah..

Sambung cerita tadi, mata Yy tertumpu pada makcik bakso yang sedang mengutip mangkuk di atas meja. Terus beliau ke gerainya dan... Nak tahu apa yang dia buat..? Beliau mengutip semula sisa makanan yang ada dalam mangkuk bakso yang dikutip tadi, ke dalam bekas tersimpannya bebola daging beliau. Eeeee ya Allah ampunkan la dosa makcik ni yang nak mencari rezeki. But! Perlu ke menjual balik sisa orang yang dah makan...? Persoalannya, kenapa perlu kasi sisa orang lain untuk orang lain makan..? Uh!! Ya Allah ampunkan la dosa makcik ni...

Jadi, menjadi habit Yy kalau setiap kali Yy habis makan, Yy akan pastikan kalau makanan itu tak habis, Yy akan lakukan sesuatu pada makanan tersebut supaya tak boleh di recycle balik. Bukan berniat nak menghina makanan, tapi perkara ini pasti akan berlaku, bila tauke kedai nak kaya cepat. Kesian pada orang lain yang mungkin akan termakan sisa makan kita. Korang nak ke makan sisa orang lain yang korang tak kenal...? Hurmmm

Bukan niat nak menjatuhkan, tapi sekadar peringatan... 

P/s Patutla, kedai makcik bakso tu tak putus2 dengan pelanggan... (",)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs