♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, July 2, 2011

Kisah....

السلام عليکم
Bersendirian.... Menerima hukuman meninggalkan kau dahulu...

Sob.. Sob.. Aip! Apa nanges2 ni, sangat la tidak macho. Ups macho pulak ayu la. Ayu... Kau la wanita.. Ayu. Terbayang pulak muka bini Tomok yang cun melecun tu. Pandai pilih and sorok eh Tomok. Zippp

Sekarang I berada di kampung halaman yang dah dekat setahun tak balik. Glup! Lama gila tak balik eh. Sibuk dengan komitmen dibandar sampai lupa diri asal orang kampung gitu. Oh laser tak bertempat plak I hari ni. Apa ada kat kampung I..? Kampung I ni, takde la yang menarik sangat. Dah takde beza dengan bandar. Cuma, kicau burung, ayam itik tu lebih extra dari berada dibandar.


Tadi I sempat singgah Pantai Remis, Jeram. Fuh sangat tenang jiwa dan raga ni bila nampak laut. I dengan laut, tak dapat nak dipisahkan. Tak payah nak gedik2 mandi pun takpe, cukup duduk kat tepi dan melihat keindahan alam dah cukup memadai. Indahnya ciptaan Allah, Subhan-Allah. Muhasabah diri seketika ><


Masa kecik2 dulu, kalau singgah disini semata2 nak cari remis. Sekarang ni, kalau air tak pasang mau gak la menggali dan mencari. Sangat syok oooo. Mula la terkenangkan saat kegembiraan bersama keluarga yang tersayang suatu ketika dahulu. Sekarang ni masing2 dah besar dan ada komitmen sendiri. Jadinya jarang sangat dapat bersama. Will repeat and find for a good time for us together. Insya-Allah.


Banyak perubahan yang ada kat sini. Dulu, takde parking lot. Dulu, takde kedai2 seafood, dulu takde gerai2. Sekarang semuanya ada. Sempat juga la I merasa makan seafood tepi laut. Mula lupa akan pantang memantangkan, semuanya kebas. Yang penting cicahannya sangat mavelous. Teeeeettttt zasssssssssss

Sempat juga singgah di Sungai Besar, Selangor. Wah! Dah ada uptown macam kat bandar juga. Cuma takde la semeriah dibandar. Siap ada pertandingan nanyian lagi. Asyiiik!

Oke, mata dah rabak, esok nak pergi pasar.. Nak cari ikan.. Nak cari ikan.. Good Night zzZZZzzz

*Gambar pencarian Google ~ camera lupa bawa gitu ;p

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs