♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, February 8, 2012

Percintaan Monyet Ketigaku

السلام عليکم
Chak!!!

Rindu nak baca cerita I tak U olls?

Dah baca ke belum entry bab cinta ni? Kalau belum, baca la Percintaan Monyet Pertamaku, diikuti dengan Percintaan Monyet Kedua. Kali ni, I nak story yang ketiga pulak. Yang terakhir dalam sejarah cinta monyet. Ready?! 1....2....3.....

Thank's Google

Time tu tingkatan 4, I dah pandai blonde rambut okey. Konon2nya selamat la kan cover dengan tudung kaaaan. Sekali sport check, nah! Terang ko. Terus kena hitamkan rambut, dan tak boleh pakai tudung (menunjukkan yang I takkan kaler rambut lagi) oleh pengetua, masa tu zaman Cik Kamaloney. Time nakal2 tu, I jatuh hati dengan si dia yang dikategorikan paling handsome kat sekolah. Handsome ke (tangan dibahu, mata ke atas). Mula dari cabar mencabar oleh seorang rakan rapat I, membawa ke jatuh hati :p.

Bermula dengan penyemakkan (ada tak ayat ni) diri  I dengan group lelaki yang sibuk nak pi jamming lepas sekolah. Kata, dicabar jadi kena pandai la kan. Sekali dia kata "JOM". Erk! Jerat mengena. Hahaha. Diorang ada motor sendiri dan untuk kesenangan masing2, mereka nak naik motor je ke studio jamming. I nak letak mana?! Mana ada motor?! Habes nak naik apa?! Mana ada helmet nak main tumpangkan... So, kata2 si bunga sekuntum ni berjaya membuatkan mereka semua naik bas. Pakat ramai2 naik bas. Sorry guys, kita port kat kerusi paling belakang okey. :p

Distudio: Melayan lagu2 yang diorang dok jamming tu. Oh dia menyanyi. Oh merdunya suara diaaaaaaa! Melt!!!!! Oh dia pukul drum! Ohhhhh Melt again <---- penuh gaya membaca k

Pulang.. Mari la pulang mari la pulang bersama2 <--- tang ni kena nyanyi. Dah puas memukul, mengoreng, melalak, balik la kan. Takkan nak berkampung dekat studio tu. Mukadimah nak berborak masa balik dari studio..

Bunga: Aku dengar ko dengan si polan (the hot student dari sekolah lain, yang baru masuk ke sekolah I).
Handsome: Eh! Mana ada?! Mengarut laaa (weyh aku teringat plak cara dia bercakap time ni :p)
Bunga: Oooooooo (cuba cari soalan lain)
Handsome: Ko aje la jadi awek aku.
Bunga: BLUSH! (sambil aku pandang kawan2 yang lain. Alamak melamar dengan saksi dowh!)

Mereka yang lain dok pandang2 jeling2 angguk2 geleng2. Yang best boleh lak kata "Jangan risau, takkan ada siapa tahu, kecuali kitorang". Ye, la tu kata I dalam hati. Disebabkan, bas yang we olls naik tu tak lalu kat kawasan perumahan we olls, jadi I dengan si handsome berjalan kaki. Rumah dia tang sana, rumah I tang sini, BUT he willing to send me home okay. Oh baiknyaaaaa. Dush!!!

Sepanjang perjalanan tu, he keep on mention yang dia serius dengan apa yang dia cakap dalam bas tadi. Oh no!! I tak serius, but dia serius. Macam mana ni!! Teringat akan cabar mencabar antara I dengan rakan baik I. I say "YES". Dah dicabar mesti nak menangkan. Peluang apa. Huhuu

Keesokan harinya, sudah kecoh satu sekolah la. Ada sok sek sok sek berkata, I berjaya membuka pintu hati seorang handsome yang sangat la menjual mahalnya. Rata2 budak perempuan yang minat dengan si handsome, pandang I jeling2 sindir. Oh no!!! Macam mana nak cover ni, takkan nak cakap I dicabarkan. Nanti kata I player pulak. Ini mesti mulut budak2 semalam yang dok kepochi. So, siapa2 yang datang kat I untuk tahu kesahihan cerita, I just say NO. But, reaksi si handsome ni lain pulak. Mesra semacam dengan I, walau sebelum ni tak pernah nak rapat sebegitu. Jadinya, yang mana I jawap NO, jadila YES. Argghhh!!!

Makin lama, makin rapat dan makin rapat, makin sayang, buat I lupa tentang cabar mencabar tu. Takut ada cerita yang kurang enak sampai ke telinga si handsome, I terus terang dengan dia tentang cabaran tu. Dan si handsome pun buka cerita dia, dimana dia pun dicabar. Damn!! Cabar mencabar buat we olls jatuh hati betul2.

Hubungan ini, berlanjutan sampai la dia naik tingkatan 6. Nasib tak menyebelahi I untuk ke peringkat seterusnya. Bila dia masih bersekolah, I pula sudah pun bekerja, tentu saja ada halangannya. Tak tahu mana ribut mana taufan, dia minta I lupakan sahaja hubungan I dengan dia. Sooob Soooob. Walau I kerja jauh sampai ke Seremban, hati I tetap untuk dia. Tapi dia, sudah jatuh hati pada si gadis kecil molek yang selalu letakkan bunga kat motor dia...

Kisah cinta monyet I yang terakhir ni, I kategorikan sebagai Cinta Dewasa. Saat ini la I tahu erti frusttt oooooooooooooo

Ada lagi ke kisah cinta? Ikuti la selalu blog I ni k...

Bye2!!

2 comments:

  1. aye plz teach me how to tulis dlm kotak kuning tu??? look so kemas..hahhah...plz

    ReplyDelete
  2. Dalam tutorial aye ade tuuuu sila laaa godeh :D

    ReplyDelete

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs