♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, August 1, 2012

Dari 11 ekor menjadi 16 ekor

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Menyambut kelahiran anak Greany di bulan August. Kucing Merdeka? Merdeka la sangat. Welcome babies. 5 ekor semuanya. Ye 5 sahaja T_T.


Dalam seminggu ni, Greany dok mengiaw purr purrr lain dari biasa. Memang cara Greany bernafas, agak keras. Bila bawa kat veterinary untuk check up, Doctor kata normal. Normal bagi street cat. Ya, my baby cat collection semuannya jenis street cat. I, lebih suka kepada kucing yang tak berbulu banyak. Sebabnya, I ada sinus yang chronic dan sangat allergic dengan bulu. Bab bulu2 kucing yang asik menggugur ni, memang la merimaskan. Diulangi, yang menggugur tanpa kawalan eh, yang so and so boleh layan lagi. 

Bila pulang dari kerja, selewat mana sekalipun I sampai kat rumah, I akan pastikan I jeguk kesemua kucing I. Itu mesti. Sebab secara psychologynya, bercakap dengan kucing dapat meredakan segala ketegangan di tempat kerja. Secara tak langsung, bila bercakap dengan diorang, mana yang nakal, mula menjadi jinak, dan insyaallah berkat kasih sayang yang ada akan menjadi manja. I suatu ketika dahulu sangat takut dengan kucing. Tak tahu macam mana boleh jatuh cinta. But, I bela kucing tak se-extreme macam orang lain. Saja suka2 buat kawan kat rumah.


24jam sebelum Greany beranak...


Berbalik pada Greany, bila I dengar Greany resah semacam, secara tak langsung I jadi panic. Walaupun I berpengalaman mempuyai 2ekor kucing yang membunting dan sudah pun beranak (walaupun kandungan yang dikandung tak menjadi), panic tetap ada. Kebisingan yang ada, tak pernah dialami. Bila dah panic, I pun sempat la meng-google. Kemudahan yang ada untuk beronline dirumah sangat2 membantu. Terima kasih Unifi. Ehek

Hasil review yang pertama,

Tempat yang sesuai untuk kucing beranak:-
  • Sunyi
  • Gelap
  • Selamat dari binatang
  • Dalam almari baju
  • Bawah rack tv

Tanda-tanda kucing nak beranak:-
  • Kurang makan sebab dalam kesakitan
  • Bila kita putingnya (kucing) susu akan keluar (menandakan masa beranak dah nak dekat)
  • Susu jatuh ke bawah sebab terlalu berat dengan susu.

Hasil review yang kedua,

Keadaan kucing 24jam sebelum bersalin
  • Perubahan sikap - ini termasuk berjalan ke hulu hilir tanpa berhanti ataupun tunjukkan keletihan serta mungkin juga kerap kencing.
  • Pembersihan dirinya - Secara berlebihan ataupun kerap menjilat-jilat bahagian punggungnya serta juga seluruh bulu badannya.
  • Perubahan Fizikal - Suhu badannya akan menurun sedikit dari tahap normalnya dan juga mungkin akan muntah muntah serta juga puting susunya akan membesar serta menjadi kemerahan.
  • Bersuara - Kucing juga akan mula mengiau-giau dengn kuatnya seperti keadaan ketika galaknya dan banyak "purr".
  • Selera Makan - Kucing akan hilang selera makannya ketika ini kerana sistem badannya memfokuskan kepada penyediaan untuk bersalin.
  • Pendarahan - Ini tanda yang paling hampir iaitu pendarahan sedikit di bahagian punggunhnya.

Bila dah baca dua review ni, semuanya yang dinyatakan terjadi pada Greany. I pun dukung Greany dan usap2 perut dia, I sempat kira berapa ekor anak yang dikandung. Telek menelek, mungkin 5. Tepat tak tekaan tu?? Memang tepat lah!!!

Jadi, I sediakan yang sepatutnya. I cover cage Greany supaya jadi gelap. Terus dia senyap.

Sampai kehari ini, jumlah my cats is 16 ekor! Jadi Zoo la rumah I nanti.

Oke bye!!

Monolog: Syukur

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs