♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, April 30, 2013

Aku bangun 5pagi untuk INI !!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku yang terlambat, terlewat, tapi sudah dapat. Usaha tangga kejayaan. Tahniah. Kata-kata semangat dan pembuka bicara.

Aku nak bercerita, tapi aku rasa susunan ayat tak berapa nak propa untuk dibaca. Bunyinya macam sumbing dan tak berapa nak menarik. Kau tengok, aku menulis ada bunyi. Bunyi ketak ketuk ketak ketuk. Masih old fashion aku ni. Sekarang takde zaman menaip sambil mengeluarkan bunyi, tapi aku masih ada. Dari tadi aku dok taip, delete taip delete. Mencari ayat-ayat manis supaya senang masuk dalam otak orang yang baca. Bahasa pasar, ye bahasa pasar yang aku cari. Sambil ditemani dengan bunyi-bunyian indah. Oh merdunyaaaa poyo giler ayat ni. Puih.

Al-kisah, demi mengejar nombor yang teratas, sesanggupnya aku bangun pukul 5pagi. kalau tidak, sudah tentunya aku belum bangkit waktu-waktu itu. Kalau pun bangkit untuk solat subuh, 6.30pagi baru aku paksa mata untuk buka luas-luas. Itupun setelah aku matikan alarm untuk ke 10kali. Giler teruk aku ni kan. Bukan aku aje, aku rasa korang pun sama. Jangan nak tipu la.

Walaupun waktu operasi bermula pukul 8.00pagi, percaya atau tidak, seawal 6.45pagi aku termasuk mereka-mereka yang ada untuk urusan yang sama telah beratur dengan tertipnya. Masyaallah, aku belum pernah beratur sebegini awal. Walaupun aku selalu pergi appointment dekat HTAR tetap juga aku lewat. Aku memang ratu dalam kelewatan masa. Huhuuuu

Tapi percaya tak, sepanjang aku berbaris, bangsa aku boleh dikira dengan jari. Bangsa lain terutamanya bangsa cina, amboi sanggup bertekak dengan pegawai untuk ambil nombor. Walaupun nombor dah habis. Macam kes aku la, yang datang hari sebelumnya ke tempat yang sama untuk perkara yang sama, sampai aku sanggup terbang sampai ke Presint 15 untuk buat benda yang sama. Kalau nombor dah habis dan kau pun datang lambat, jangan la kau salahkan nombor yang habis tu ye dak. Keluar dengan muka sedih sudah. Datang lagi dengan senyuman yang manis walaupun kau belum mandi. Hahahaaa.

Tapi aku datang dengan wangi-wangi eh. Bukan takat sembur perfume, bau sabun mandi pun masih melekat.

Nah! Kakak aku kalau baca blog aku ni sure suruh aku mai datang jumpa dia dekat seberang sana. Nanti la kakak, ada masa aku pergi jumpa kau kat sana tu.


Bye!

Monolog: Jenin mula berangan, boleh jelajah satu dunia hahaha 

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs