♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Ibu, Mama, Umi, Mami, Bonda...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

12-May-2013

Lewat buat entry. Itu perkara biasa.

Awal pagi aku dah call Mama aku yang masih dikampung. Siap dengan nyayian kecil buat hiburan hatinya. Pun begitu, aku sedar situasi sedih dan tegang masih terasa disana. Ya masih berkabung bersama keluarga, diatas pemergian adiknya Rabu yang lepas. Maka dengan itu, aku yang sedari awal telah merancang sesuatu untuk Mama, terpaksa membatalkan niat itu. Tidak mahu mengguris hati Mama yang masih lagi bersedih.

Pun begitu, bagi aku bukan hanya tarikh ini yang aku sambut sebagai hari Ibu, malah setiap hari pun bagi aku adalah hari Ibu.

Buat Mama,

Terima kasih kerana Mama sudi berkongsi makanan bersama aku dan memberi nutrisi yang secukupnya semasa aku didalam kandungan selama 9bulan. Terima kasih Mama, yang sanggup bertarung nyawa sewaktu melahirkan aku. Terima kasih Mama, kerana melayani karenah aku waktu pembesaran, persekolahan, dan kedewasaan sehingga kini. Terima Mama kerana tidak pernah putus meminjamkan semangat, kata-kata nasihat, dan didikan yang sempurnanya. Tanpa Mama, siapalah aku. Mama, aku nak kau tahu, kau harta yang palaing bernialai dalam hidup aku. I love you Mama.



Juga selamat hari Ibu buat semua ibu diserata dunia, yang aku kenal dan tak kenali secara langsung.

Bye!

Monolog: Bersyukur pada yang Esa.

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs