♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, June 3, 2013

Dip N Dip ~ a taste will make U smile

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Yuhuuuu! Monday bluesssss!


Nyummy~~~

Sengaja aku mulakan cerita dengan menunjukkan gambar makanan. Oh tengah lunch kan, perut kena la isi, sesambil itu harus la cuci mata, dan mulut. Korang tengah baca ni, cuci la mata korang dengan gambar ni. Ummppphhh masih terasa kesedapan Pan Cake Mini ni. Make sure kena pergi lagi.

Pengalaman aku ketika disini semalam...

Perkara pertama yang berlaku kat aku sewaktu aku masuk ke dalam Dip N Dip ni??? Teka la teka laaa. Sebelum aku duduk di meja, meng-order makan, dan teruskan talk session di hujung minggu??? Apa jadi kat aku???

:: Chocolate tertumpah atas baju bila berlanggar dengan waiters???
:: Kaki tersadung sebab terlanggar dengan kerusi yang tak tersusun???
:: Ada mamat handsome curi-curi pandang kat aku masa aku masuk???

Eh! Korang ni drama sangat la. Semua diatas salah!!!

Jawapannya adalah MIGRAINE. Awesome kan? Nak keluar relax-relax nak release tension, sebelum menempuh minggu yang baru, kena pulak serangan migraine yang entah dari mana datangnya. Selidik punya selidik, penyakit ini datang dari bau kedai ini sendiri yang rata-ratanya berbau chocolate. Pun begitu, kepala yang sakit aku tolak tepi, sebab aku nak rasa apa yang bestnya makan kat sini, sampaikan, kena beratur kat luar untuk dilayan. Hah! Hebat business laku namanya. Pasni nak business chocolate la. Hahaa

Sebab apa aku salahkan bau kedai ni, bila aku keluar aje dari kedai, sakit kepala aku hilang. Nampak tak sahihnya disitu. Aku tak bohong. Kalau sesiapa yang ada migraine tu, aku nasihatkan duduk kat sit luar. Dijamin takkan ada bau chocolate kat luar tu, melainkan bau asap kereta. Hahah

Bye!

Monolog: Memey sedap!

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs