♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, February 27, 2015

Love The Nature: 08112014 LOLO Newbie with HACAM

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Throwback....

Baru 16bulan. Baru bercinta cintun dengan alam. Baru nak explore pelusuk dunia. Baru nak melasakkan badan yang tak berapa nak lasak. Tapi sebelum sebelum ni, hanya follow kaki sendiri dengan guide Cikgu. Siapa nak tahu siapa Cikgu aku tu, pi la klik mana-mana post hiking aku sebelum ni. Aku malas nak cerita banyak kali.

Bila dapat peluang untuk join group hiking yang besar dan dikenali ramai, tak pula aku ni nak menolak. Kalau dijemput kemana-mana sekalipun, seandainya waktu itu aku free, aku bet muka aku memang akan ada. Tapi kalau tak ada tu memang aku tak free.

Ini cerita throwback. Disebabkan kekangan masa nak join mana-mana event, aku throwback kisah hiking aku yang tak tercerita. Nampak tak yang aku sebenarnya rindu perkara unik didalam sana yang tak boleh nampak diluaran sini. Yang tak terjangkau dek akal, sudah-sudah sampai puncak. Nah!!! Aku rindu! Gonna go soo. Soon baby soon (sambil menadah tangan dan berdoa). 

Copy paste from HACAM (Hiking And Camping Around Malaysia) group. Follow la group HACAM kalau berminat. Nanti abang kakak Admin yang baik dan tak lokek ilmu tu ada approved. Betul.... Tak kenal tak tahu, dah kenal aduiiii best gitu.


"36 Newbies plus some oldbies and a toddler made it to Lolo. It was a fun hike in a little bit of a drizzle, enough to cool us down but not enough to get us wet." Credit Photo MK

Descriptions yang dipost oleh orang kuat yang aku respect giler, yang sekaligus bertanggungjawab membawa kami ke sini. Aku tak tahu nak panggil apa, Abang ke, Encik ke Bro ke sebab waktu itu, aku jadi pemberat mulut sangat. Biasanya aku ni akan kecoh alam. Mungkin sebab aku pemalu dan blur bila berjumpa dan bergabung dengan mereka yang jauh lebih lasak dari aku. Orang kata belum warm up, atau belum panas lagi. Mula la aku ni nak merendah diri seboleh bolehnya. Tapi aku selalu dengar diorang panggil MK. Bila terdengar je terus aku ingat MK aku iaitu Ayah aku sendiri M.Kodari. Bro MK ni aku tak tahulah apa nama sebenarnya, jadi aku panggil Bro MK ajelah. Boleh tak??? Jangan marah tau. Kalau ada nama yang lebih proper dan sedap dipanggil leh kasi tau aku eh. Jangan maki jauh-jauh tak elok.

Walaupun dah berkali kali aku ke Gunung Nuang dan hanya sekali sampai ke puncaknya, tetap juga aku rasakan gunung ni memang kejam. Berlainan keadaan yang dahulunya aku pergi dengan keadaan sekeliling yang kering kontang habuk debu, dan kali ini lebih menghijau, sejuk dan menyegarkan. Aaaaah aman rasanya.

Berbekalkan air 3litter, kurma, epal dan kekacangan, cukup buat aku dan Cikgu untuk sampai ke Lolo, yang mengambil masa kurang lebih 3-4jam. Memang sedari dulu aku hike sebolehnya aku makan yang lite-lite. Berpantang makan juga beberapa minggu sebelum naik, lebihkan masa di park untuk training dan mantapkan stamina. Nak hike bukan main redah macam main sorok-sorok tau. Ini serius.

Bergabung dikalangan student (aku rasa la sebab molek dan gagah je mereka), tak juga ketinggalan yang sudah berkeluarga siap mengendong anak kecik naik bersama. Ada juga anak kecil yang sangat petah dan memeriahkan suasana. Tak boring dan tak meletihkan bila melayan. Cuma, kala ini aku naik dengan menggunakan kasut baru yang belum pernah naik mana-mana trek. Agak berbisa jejari kaki aku yang panjang, bila dimakan oleh kasut itu. Maka dengan rendah dirinya jadi yang turun paling last. Ergh! Memalukan rasanya. Pun begitu, dalam sakit aku berjaya menghabiskannya tanpa menyusahkan orang sekeliling. Aku tetap bangga walau pencapaian itu tak sempurna. Positive kaaaaan.

Sekian cerita throwback. Bila lagi la nak ke gunung ganang ni. Bak kata pepatah, tak lari gunung dikejar, tapi zaman sekarang ni, macam-macam boleh jadi. Harapnya teguh la disitu wahai gunung ganang.

Bye bye

XOXO

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs